"Mek Ani Raisyah,nak pergi mana tu Mek?" Dia diam."Mek,kau dah makan ke belum?" Dia senyap.
"Mek,kau marah aku ke?" Dia hanya memandang sekilas lalu berlalu mengangkat kaki. "Kenapa dengan minah sorang ni?" gumam Nina sendiri. Saat hujan membasahi bumi petang itu, turut membasahi hati kecil Nina. Berulang kali dia menahan tangisnya.
Sudah acap kali Mek tidak melayan Nina. Niat di hati Nina cuma mahu Mek bergelak tawa bersama, tetapi hati Mek tetap keras mengalahkan dinding di penjara pudu saja. Nina membawa diri sendirian sambil memerhati Mek dari jauh membuat riuh bersama rakan lain.
"Sumpah aku tak iri dengan Mek kalau berkawan dengan yang lain.tapi kenapa dia tak hirau langsung kat aku.bercakap dengan aku pun sekadar meminta tolong."
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
“Woi Nina,kau apply mana haa?!” Getaran suara Mek bagai halilintar membelah bumi walau hanya di corong telefon. ”Hoi, sabarlah dulu. Aku mintak MRSM je. tapi rasanya macam tak ada rezeki pun.kau tahu jelah tempat budak pandai mana kena dengan aku.haha.”Lama menanti suara Mek. “Mek.Mek.Mek!Kau tengah layan anak ke?!” “ops..hehe.sorry.sorry. Terberangan pulak. alah jauh sangat kau apply. tengok macam aku, mintak SHAMS je.” “kau kan bakal ustazah layak lah situ”Nina tambah. “apa-apa jelah.kau tak nak ambik arab lagi ke??” “eh niat di hati memang nak tu!tapi tengok la macamana.kau mintak SHAMS kan?ok.ok.rodger!” Talian diputuskan.
Nina membuka satu persatu fail di biliknya.Biru,hijau,kuning,merah,hitam.Semua dokumen dibeleknya. “mak,nampak tak borang along?” “borang apanya kamu ni?borang nikah?” sambil mengusik Puan Raihan menyoal. “aduhai mak along yang tercinta ni,sempat lagi buat lawak antarabangsa ya.borang SMKA tu lar mak. mak nampak tak borang tu?” Puan Raihan membuka tas tangannya lantas mengeluarkan sepucuk sampul surat yang masih kemas.Warna sampul itu cukup Nina kenali. “hah,ni lah dia mak.nak kejap.” Nina mengambil borang itu lalu mengisinya. “wah,semangat sangat anak mak ni!kenapa?” “haha inspirasi pun nak sekolah kat situ.mestilah kena ikut mak.” Saat itu hati Nani cukup berkobar untuk menyambung pengajiannya di salah sebuah sekolah elit di Negeri Sembilan. Bukan elit yang dikejar Nina,hanya insan pendorong cukup untuk menarik Nina ke pusat didikan agama itu.
Nina seperti biasa mengorak langkah menuju ke kelasnya dengan nafas tercungap dek kelasnya berada di puncak prasarana sekolah. “woi Nina.kau tahu tak kau dapat Sekolah Teknik Tuanku Jaafar?”tegur Arif. ”hah entah,aku tak tahu apa-apa.Lagi satu,janganlah terus ambush aku macam tu!Nasib kawan kau ni sihat walafiat lagi.” “haha. Maaf Nina. Maaf. Aku tak sengaja. Maklumlah excited dengar kau dapat sekolah situ.” Berkerut sejuta Nina dibuat Arif. “kenapa kau bahagia sangat aku dapat situ.Oh,kau nak aku blah cepat-cepat ya dari sekolah ni?!” “Merepek lah tu. Aku pun mintak situ, tapi tak ada rezeki lah.lagipun sekolah tu best! Untunglah kau masuk situ.” Nina diam. Ligat otaknya berpusing memikirkan tawaran ke sekolah tekniknya diterima. 'patut ke aku sekolah situ.' 'memang aku ada apply,tapi...' 'ah tak berani lah aku' hatinya bermonolog.”woi Nina!hish budak ni,Macamana lah aku tak sergah je.bila aku cakap,boleh pulak buat sinetron sorang-sorang. Kot ye pun nak berangan tak payahlah depan aku yang sedia kacak ni. Tergugat iman aku baru tau!” “eh.eh kau ni Arif.sudah cukup pakej ke nak bebel cam nenek aku.bising je.! Nina geram terus lontarkan geram. “yalah,aku jelah yang salah” Arif terus melangkah pergi. “eh jap,alahai budak sorang ni.tak jantan lar baru kena sound sikit dah buat muka jeruk.” “haha tak pasal lah kau nih.Aku ada kerja lah nak kena buat. apa-apa pun tahniah ya sekolah situ.” Arif meyambung geraknya berlalu meninggalkan Nina yang masih bingung.
“wah,seronoklah dapat satu sekolah dengan kau lagi!” Tersegam indah bangunan yang menempatkan kumpulan pelajar-pelajar yang terpilih seluruh negeri itu membuatkan Nina lupa adegan sedih sebentar tadi.”aik,tadi bukan main panjang muncung kau bila mak kau keluar.” “hoho,aku gerun je tadi.Alah kau kan ada.tu yang happy balik tu.” Nina cukup bersyukur dia ditempatkan di sekolah bersama inspirasinya.
“baiklah,murid-murid yang baru daftar sila berkumpul dulu.saya panggil nama datang ke depan ya. kemudian kamu semua boleh masuk kelas kamu.” tegas bunyinya salah seorang guru yang bertugas kala itu. Boleh juga kalau diibaratkan ala-ala watak Ibu Kundur dalam filem lama Bawang Putih Bawang Merah suatu ketika dulu.“Nur Taj Nina Anas!” Perlahan Nina mengorak langkah menuju ke kaunter daftar. Hatinya berdenyut laju.entah apa yang merunsingkan fikiran Nina kali ini. 'kenapalah inspirasi aku ni pergi dulu.kan dah cuak dah. Serasa macam nak masuk dewan exam je.Time exam dulu tak adalah macam ni sangat' “bertenang ya.Saya bukan nak makan awak.Jadi Taj Nina kamu masuk kelas SA2 ya.Sila tandatangan di sini dulu.” Nina hanya merenung senarai nama di tangan Ibu Kundur itu. Senyap. “Taj Nina,sampai bila saya boleh dapat tandatangan kamu ni?!” “maaf cikgu,boleh saya tukar kelas?” Ibu Kundur berkerut. “kenapa pula kamu perlu tukar?kelas ni ikut result peperiksaan kamu.SA1 dah penuh” sambil melurutkan kaca matanya ke depan. “saya nak masuk SA3 boleh cikgu?” sekali lagi guru itu berkerut.Kali ini mukanya bertambah serius. 'lantaklah nak jadi apa.Janji aku satu kelas dengan dia' rancak Nani melawan dalam hati. “kamu pelajar pelik.Baiklah saya tukar kamu ke kelas SA3 memandangkan kelas tu kekurangan pelajar.” Baris gigi Nina terserlah menampakkan diri. ”terima kasih cikgu!”
“Nina,macamana?kau masuk mana?” “hehe.sama dengan kau lah.” “gila kau.apahal kau satu kelas dengan aku pulak?” “alah Mek.Kita ada kimia,memanglah macam ni.dah,jom kita masuk kelas.Berkobar aku nak belajar sains ni.” Mek yang sedia tinggi lampai diam memeluk tiang. “makcik,cepatlah masuk kelas!Buat drama lah kau ni.” leter Nina.
“eh,kau budak baru masuk tu kan. Aku Mira kelas SA1.” “oh ya.Aku Taj Nina,panggil Nina.” Takut-takut Nina menjawab. “Baguslah.Aku boleh tolong kau biasakan diri kat sini. Kau jangan risaulah.semua orang baik-baik kat sini.” Berbunga hati Nina mendengar patah yang diluahkan Mira. “ terima kasih Mira.Aku pun harap aku cepat biasa kat sini.” “bukan satu masalah pun.” tangan Mira dihulurkan kepada Nina agar dapat dijabat.Nina senyum,tetapi belum sempat Nina membalas.. “Nina,sini jap!” laju Mek datang tanpa kedua-dua sahabat baru itu sedar. Tangan Nina erat berada di tangan Mek. “Mek,nak pergi mana laju sangat kau jalan ni?kut ya pun sabarlah kejap.Tak sempat aku buat suai kenal dengan budak lama tu.” Mek hanya menjeling. “Nina,kau dengar sini baik-baik.Kau tak boleh percaya sangat budak kat sini.diaorang semua dah lama kan. Jadi macam-macam hal diaorang boleh buat kat kita budak baru ni!” “eh.kau ni.inilah peluang kan. Diaorang boleh tunjuk apa yang patut kat kita.maklumlah kita kan freshie.hehe.” gurauan Nina tetap menegangkan muka Mek. “tak kisahlah kau nak kawan dengan siapa. nak kenal dengan siapa. asalkan kau kena selalu dengan aku. aku kan ada. kita dua orang dah cukup nak biasa kat sini.kau jangan risaulah makcik selagi aku ada.” 'hish,inspirasi aku ni.tak boleh berenggang rupanya.haha' “okay.okay.aku akan ada dengan kau tak kiralah masa susah senang.tetapi dengan satu syarat.” “hah?!kita kan dah lama kawan.pehal bersyarat pulak bagai.” “belanja aku air lah.haus ni.penat membebel dengan kau.” Mek ketawa “kau ni kan! Ok jom gerak kantin. Nasib kau kawan.” babak indah itu menjadi semangat buat Nina menjalani dunia asingnya di bumi SMKAP. Bagi Nina,dia hanya ingin bergantung harap dengan Mek. Mek kakaknya. Mek sahabatnya. Mek adiknya. Mek rakan sekelasnya. Jelas sekali waktu itu Mek segala-galanya bagi Nina.
Nina membuka sebuah novel berjudul PAPA. Sebuah novel komsas yang perlu ditelaah setiap pelajar seusia Nina. Hampir dua jam Nina menanti. Tatkala itu hujan renyai sahajalah setia menemani Nina. Kelibat penantian tidak muncul lagi. Bayang-bayang pun susah mahu tampilkan diri. “sibuk sangat ke Mek ni?tadi suruh tunggu.tak tunggu nanti merajuk pulak inspirasi aku ni.” Novel PAPA masih kemas diselak Nina. “Nina,kenapa duduk situ?!nak hujan dah ni?jom balik sama.” “eh,Nisa.baliklah dulu.tunggu Mek habis buat duty kejap.” “Mek dah lama balik lah Nina.mana ada orang lagi dalam kelas.” sampuk Zai. “yalah Nina,tadi aku ada nampak dia balik lepas solat tadi.dia dengan Iza rasanya.” Nina membisu. Tak tahu apa kalimah perlu dilontarkan waktu itu. Hanya mindanya ligat berputar seraya menyuruhnya sabar dan tenang. 'Nina,tak ada apa yang perlu kau marahkan.semuanya tak sengaja kan.' tungkas hati Nina lagi. Nina pantas mengukir senyum. “aku balik dengan korang boleh?”
Dari jauh kelibat Mek menyapa pandangan Nina. Ya,Mek sedang menjamah selera bersama Iza. Seronok sungguh lagaknya. Nina bahagia melihat Mek begitu. Betul-betul hilang kepenatan menunggu inspirasinya tadi. Nina laju mengorak hayunan kakinya menuju ke arah meraka. “hai korang.wah,makan tak ajak ya.” “eh Nina,baru balik ke?maaflah kau tak ada rezeki lah.makanan sudah habis.haha.pergi lah naik dorm dulu berbau lah kau ni.kitaorang semua dah mandi kan Iza!” Mek menyambut kedatangan Nina. Ukiran senyuman Nina tetap tidak lekang. “tak apalah.mungkin aku mengganggu.aku naik dulu ya.” “Nina,rasalah sikit makanan ni”suara lembut Iza hanya berlalu seperti angin buat Nina.
“Nina.Nina.Nina!kau buat apa dalam bilik air tu.lama ni kitaorang tunggu.” “satu titik air pun tak dengar. mandi ke buat kolam dia dalam tu?” kreeeeek......Nina menekup wajahnya dengan tuala. “eh Nina,kau ok ke tak ni?!” Nina membisu lantas mengesat matanya. Senyuman plastik segera diutuhkan kembali. “korang ni.mana ada apa-apa.aku ok.maaflah ya lama sangat.tadi air kecil sangat.” Nina pergi. Sebentar tadi baru saja Nina memarahi dirinya sendiri kerana bersangka buruk kepada inspirasinya. Kalau ikutkan tiada apa yang dilakukan Nina terhadap Mek. Tetapi keadaan mengubah skala hubungan mereka. Hanya Nina yang terasa. Mereka tidak mempunyai sebarang masalah untuk diperangkan. Hanya perasaan Nina yang terusik sendiri dek perubahan sikap sseorang yang mungkin kurang peka dan sedar khilaf kacil yang dilakukan.
“Nina kau tunggu sini ya.aku pergi kantin kejap” “ok.” ringkas daripada Nina. Faham sudah apa yang akan dilakukan Mek waktu rehat itu. Sudah menjadi kebiasaan Mek turun kantin makan bersama rakan-rakan barunya. Ego Nina juga menjadi penghalang buat Mek terus melayan Nina. Gayanya Mek tidak mengambil pusing hal Nina. “Mek sini!kau tak bawa Nina turun sekali ke?” “buat apa nak ajak.hari tu kita dah ajak dia tak nak.biarlah nak study kononnya” alasan yang dikira kukuh oleh Mek. Hakikatnya memang ada Mek mengajak Nina makan bersama tetapi itupun setelah berulang kali ditanya tentang Nina oleh The Wannababes. Sebuah kumpulan atau puak yang agak terpengaruh dalam kalangan pelajar puteri di sekolah itu. Kini,Mek turut serta bersama Tha Wannababes. Tanpa Nina bersama.
“Mek,kau reti main golf tak?” Iza salah seorang ahli The Wannababes memulakan sua. “aku main golf?buat lawak lah tu.main pun tak pernah.” “yeke?baru nak ajak kau masuk kelab golf sekolah ni.” saran Mia. “yalah.tapi nak buat macamana kan.dah tak reti.tak dapatlah join.”tambah Sara. “join apa?” bingung Mek selepas mendengar bait kata rakan barunya itu. “tak ada apalah.kitaorang kelab golf akan buat tournament kat Sabah nanti.so, ingat kau macam kitaorang, pakar main golf tapi nampaknya tak.jadi masa kitaorang tak ada nanti kau tinggal lah kat sini ya.” “aku boleh try main golf.bila tournament tu?” umpan The Wanna mengena. Mereka yang lain tersenyum penuh makna.
Dalam tandas ,“haha senang betul nak masuk jerat budak tu!” Sara ketawa bangga. “kira plan kita hampir berjaya lah ni kan.” sokong Iza. “budak macam tu memang patut kena.baru tau kita ni siapa kan.aku dah susun baik kita punya agenda nanti. Just see it soon! Dah jom keluar.” senyap....kreeekk.tersembul kepala Nina dari balik pintu tandas. “diaorang tak puas hati dengan Mek ke?kenapa pulak?bukan Mek geng diaorang ke?” hujah Nina sendirian di situ.persoalan yang timbul tidak akan dibiarkan bergantungan begitu sahaja. “mesti inform Mek ni!”
Nota yang dipegang Mek jelas tertulis 'MEK,NINA NI.JUMPA KAT KELAS PETANG NANTI . Nina terpaksa menyampaikan nota itu lantaran Mek kini jarang berada disamping Nina. Mek kehairanan. “kenapa pulak dia nak jumpa aku macam ni.kut ye pun cakap jelah.macam tak biasa pulak” tanpa kesedaran yang nyata Mek mencurigai Nina.
“hah,kenapa kau nak jumpa?macam serius je ko ni apahal?!” “Mek,kau kena tau jugak pasal ni.kena juga.aku tak nak kau dapat susah nanti.” “ok.ok.apa benda kau ni.melalutlah.nak cakap.cakap lah cepat.aku nak balik ni.banyak benda nak kena buat.berdrama pulak!” Sedikit terkesan kata-kata Mek di hati Nina. Dia pura-pura tidak mendengar luahan kata Mek lalu menyatakan tujuannya. “Mek,tadi aku ada dengar Iza,Mai dengan Sara cakap dalam tandas.diaorang nak kenakan kau.” “woi,kau jangan buat busuk dengan aku Nina!kita dah lama kenal kan.kalau kao jealous dengan aku pun tak payah lah nak fitnah diaorang,ada ke diaorang kacau kau haa?!” “tak Mek,kau dengar dulu.kau kan nak......” pantas Mek memotong “dah.dah!kau tak payah susah-susah tokok tambah dongeng kau tu.aku fikir kau faham aku Nina.tapi......huh,macam nilah kawan kan.bla lah kau!!” laju juga Mek berlalu meninggalkan Nina yang sedari tadi hanya kaku mendengar das demi das tembakan tuduhan daripada sahabatnya,Mek. Perlahan air hangat membasahi pipi gebu Nina. 'kemana inspirasiku melayang?Dari dulu hingga kini tiada siapa yang bisa menggantinya.aku nak dia yang dulu.' Nina sendirian melayan tangis seksa derita menghadapi teman yang dicintai.
Petang itu,saringan peserta kelab golf diadakan. Setakat ni Mek dapat menyaingi dua peringkat dan kini tibalah peringkat akhir bagi menentukan kelayakan peserta mengikuti tournament. Hingar bingar sekitar padang membuatkan Mek bersemangat meneruskan usahanya menjejaki rakannya ke tournament. Ramai pelajar berkumpul di situ bagi menyokong kelab golf sekolah. “Mek,good luck ya.” senyum Iza membangkitkan Mek. “aku tau kau boleh.” sambil menunjukkan ibu jarinya ke atas memperlihatkan jiwa golf Mek semakin marak. “Mek,macam nilah kawan kitaorang.nah.ambil kayu ni.kayu ni kitaorang guna pada setiap peringkat akhir dan ianya memang membawa tuah.” Mek bagai tak percaya. Hampir jatuh rahangnya ke bawah. “kayu bertuah kau cakap?terima kasih korang!” saat itu tanpa Mek perasan ketiga-tiga pasang mata di depannya itu ligat mengukir pandangan kemenangan. Tiba giliran Mek membuat pukulan bagi jarak 5 meter.
Jika berjaya Mek memukul secara 'in hole' ,maka berjayalah Mek dalam peringkat itu. Dengan penuh yakin Mek menyusun langkah. Gayanya kini ibarat Tiger Wood pada zaman kegemilangannya dulu. Zuuupsss.!!!... “er..hahahahhaha..” “bhahahahhaa” “woi, tak reti main tak payah main lah.hhahaa!” jauh perginya pukulan mengenai sasaran. Terlihat kayu golf melayang sejauh 5 meter dari Mek. Suara sumbang para pelajar putera cukup mehangatkan suasana. Mata Mek kini melekat kepada rakan-rakannya yang disanjung sebelum ini. “hahaha.padan muka dia!ada hati nak join kita.” “entahnya,cermin dulu lah.sukan elit pun nk follow.aisey,tak reti buat cara tak reti cik kak EMMEKKK.haha!!”
Kini, baru Mek sedar,kayu yang diberi mereka sebentar tadi. Sudah patah.
Sejak tadi Nina hanya menjadi pemerhati,sekarang Nina tidak dapat mendiam diri lagi. “apahal korang haa?!masalah apa korang rasa sampai nak khianat kawan sendiri??” Sara mencebik “huh kawan?sejak bila haa?!tu kan kawan kau.apa lagi kutip lah.kitaorang tak nak bau barang busuk ni melekat kat kitaorang.dah lama rasanya kitaorang tolong jaga.hahahaha!”
Sudah dua minggu Mek bersendirian. Nina ingin sekali melihat Mek bergelak ketawa. Membuat riuh di dalam kelas. Kini tak dapat lagi menikmati keseronokan bersama. “Mek,kau sihat?” Nina mengambil tempat di sebelah Mek. Mek hanya menundukkan wajahnya ke arah lantai. “Mek,kau janganlah diam macam ni.semua orang nak dengar suara sedap kau tuh.Mek,senyum lah sikit.' “ehhe.hmmm.” kedengaran respon daripada Mek. Nina tersenyum puas. Masih ada harapan fikir Nina. “jom pergi kantin,aku belanja kau sirap bandung.” Mek menurut kata Nina. Hakikatnya dia malu dengan Nina. Sudah banyak silap yang dilakukannya kepada Nina. “Nina,aku nak mintak ma...” “shhhh..apa kau slow ni.come on lah kawan.kau kan happy sentiasa!” “tapi Nina..” “tak,aku tak pernah fikir panjang apa kau buat. Yang dah berlalu tu biarlah.kita kawan kan dah lama.cukup lah tu kau bawak diri.banyak tu aku bagi masa kat kau.senyum sikit.”pinta Nina. Perlahan-lahan Mek tersenyum lantas ketawa bersama Nina. Momen indah yang paling dirindui Nina. Kebahagiaan Nina kini bersinar lagi. Inspirasi yang hilang dulu kini kembali pulang menemani hari sunyi Nina.
Babak dulu berputar kembali. Di mana ada Nina,di situ adanya Mek. Dimana adanya Mek, di situlah ada Nina. Hari-hari mereka kini penuh bermakna. Dipenuhi hilai tawa,gurau senda. Bantu-membantu tak perlu disoalkan lagi. Sekecil zarah,setinggi Menara Burj Khalifa' di Dubai tu ke. Mereka tetap bergandingan harungi bersama. Tetapi dalam keseronokan mereka,masih ada yang menyimpan hasad terhadap mereka. Masih ada pihak yang sakit melihat tawa mereka. Masih ada insan yang tidak senang duduk memerhati kemesraan dua sahabat itu.
“Aku rasa kita belum selesai dengan diaorang lah.” Iza menarik perhatian dua sahabatnya. “betullah.memang tak habis lagi lah.”sokong Sara. “apa lagi,kita geraklah macam biasa.cari jalan nak buat diaorang jauh dan retak.haha.” “apa kita kena buat?”
“Hai Nina,buat apa sorang-sorang kat sini?” “eh Sara,hehe tak ada apalah!silalah duduk.sebenarnya aku tengah tunggu Mek habis duty” Nina menjawab sopan. “oh,ada dalam kelas lagi lah ni ya.kesian Nina.duduk sorang-sorang.pastu sanggup tunggu kawan pulak tu.” “Sara,semua ni dah jadi rutin dah pun.tak ada apalah” Sara memulakan gerakan jahatnya “aduh Nina,sakit perut Sara ni!Nina,sakit sangat ni Nina.” Nina segera membawa Sara pergi bilik asrama. Manakala keadaan Mek pula, “Mek, kau nampak tak Sara??” Mek keras menegaskan “cari sendirilah,tanya aku buat apa.” Iza memulakan langkah ”Mek,tadi aku nampak Nina suka-suka dengan Sara. Rasanya Nina turut pulang bersama dengan Sara lah.” menyirap Mek mendengar khabar tersebut.
“Nina,kau pergi mana tadi??” “eh Mek,maaflah aku tak sempat nak bagi tau kau tadi aku balik dulu.tadi....” “tadi kau balik dengan Sara kan.untunglah.kau balik denagan dia lepas tu lupakan kawan.kau layan budak macam tu kenapa haa?!” tanpa usul Mek menghamburkan marahnya. “Mek,aku bukan bersuka-ria pun dengan dia.dia...” “tak suka ria habis apa?!saja cari perhatian dia.??” “Mek,aku cakap benda betul ni.dengarlah dulu.” Mek menjengkilkan matanya. “dahlah Nina,susah lah cakap dengan kau ni.semuanya kau ok je.lurus tau tak.?!penat aku!” Mek pergi. Nina terduduk diperlakukan begitu. Tiada titisan air turut serta dalam sakitnya kini. Sudah keringkah airmata Nina? Nina berazam tidak mahu menangis lagi. Dia tidak mahu menjadi lemah.
"Mek Ani Raisyah,nak pergi mana tu Mek?" Dia diam. "Mek,,kau dah makan ke belum?" Dia senyap."Mek,kau marah aku ke?" Dia hanya memandang sekilas lalu berlalu mengangkat kaki."kenapa dengan minah sorang ni?"gumam Nina sendiri. Saat hujan membasahi bumi petang itu,turut membasahi hati kecil Nina. Berulang kali dia menahan tangisnya.
Sudah acap kali Mek tidak melayan Nina. Niat di hati Nina cuma mahu Mek bergelak tawa bersama, tetepi hati Mek tetap keras mengalahkan dinding di penjara pudu saja. Nina membawa diri sendirian sambil memerhati dari jauh membuat riuh bersama rakan lain.
"sumpah aku tak iri dengan Mek kalau berkawan dengan yang lain,tapi kenapa dia tak hirau langsung kat aku.bercakap dengan aku pun sekadar meminta tolong" keluh Nina.
Nna baru sahaja ingin mengecapi bahagianya bersama inspirasi. Tetapi pantas sekali masa meragut bahagianya. Hari-hari yang dilaluinya kini kembali pudar. Mek masih dalam ingatannya. Setiap kali habis waktu sekolah,Nina dapat perhatikan Mek gembira bersama The Wannababes. Sekali lagi The Wannababes mengorak langkah menjauhkan mereka dan hasilnya memuaskan. Mek kini betul-betul jauh dengan Nina. Meski Nina tahu apa yang tersirat di hati tiga sekawan The Wanna itu, tak sanggup lagi Nina menjelaskan lagi hal yang sebenar kepada Mek. Trauma rasanya diherdik inspirasi sendiri. Cukuplah sekadar Nina tahu bahawa Mek bahagia disamping mereka.
"Ya Allah,aku begitu kecil di alam ini. Aku dengan lemahnya bermohon Ya Allah. Ampunkanlah doasaku,kedua ibu bapaku dan juga sahabatku,Mek Ani Raisyah Ismail. Mereka antara nsan yang paling ku tinggikan darjatnya dihati ini. Andai kebahagiaan tidak sempat menyapaku lagi. Ku pinta Ya Allah, kebahagiaan itu digantikan ke tempat mereka yang aku sayang. Amin." Nina melelapkan matanya. Hangat tapak tangannya mengusap seluruh muka. Lama dia berteluku di atas sejadah. Fikiran dia kini melayang...
"Nina,sini,sini!! aku dah jumpa benda yang kau nak sangat tu." Nina tak terkata. "Mek,terima kasih Mek! Peh,susah tuh nak cari benda ni." Nina memeluk Mek erat. "hoi,janganlah kuat sangat.malu orang tengok.haha." Mek menghulurkan anting-anting emas yang hanya bersaiz sebesar kuku itu kepada Nina. Mek baru menjumpainya di tepi pantai tadi,ketika mereka bermain-main di situ. Anting-anting itu amat bermakna buat Nina lantaran ianya pemberian terakhir neneknya. "sayang kau Mek" "alah bodek lah tuh,haha.biasa jelah.janji dengan aku kita kawan tak kira tempat dan jangan sesekali tinggalkan aku." jelas mata bundar Mek menunjukkan harapan yang tinggi kepada Nina. "mestilah.siapa pulak nak tinggalkan kau.kau tetap dalam hati aku.ingat ni S untuk SAYANG,A untuk AKRAB,H untuk HONEST,A untuk AMANAH,B untuk BAIK,A untuk APPOLOGISE dan T untuk...." "T untuk TRAGIS.haha"potong Mek. "hish,ganas sangat kau nih.hmm T untuk TRUST. Insya Allah hubungan kita akan kekal selamanya.
SAHABAT. Sahabat Nina ialah Mek. Itu janji dia sewaktu dulu. Tidak kiralah rasmi atau tidak. Baginya tetap penting untuk memandunya sentiasa menghargai seorang sahabat. Sejak peristiwa itulah Nina menganggap Mek sebagai inspirasinya. Kemungkinan bagi rakan-rakan yang lain mengambil teman lelaki atau sesiapa sahaja idola sebagai inspirasi tetapi tidak untuk Nina. Padanya lelaki tidak sesuai untuk difikirkan lanjut. Susah untuk menyelami hati masing-masing. Macamana kalau ada masalah melibatkan perasaan? Wajarkah merajuk di depan insan bergelar lelaki. Tak sanggup Nina membayangkan. Entah mengapa ramai remaja kini terbiasa melakukan hal sedemikian. Selesa meletakkan kepercayaan kepada jantina lain.
Kalau nak diikutkan peristiwa yang Nina alami. Jelas dan nyata kawan sejantina mudah berpaling tadah. Tapi Nina tahu dan cukup kenal jiwa Mek. Berlaku tanpa niat. Nina tahu Mek masih sayangkan dia. Nina yakin Mek masih ingat momen-momen yang dilakarkan bersama di atas kertas lukisan kehidupan bersahabat.
"Nina!!" peluh lebat membasahi badannya kini. Ligat berputar wajah Nur Taj Nina di mindanya. "Nina,aku rindu kat kau.rindu sangat-sangat.maafkan aku Nina.aku tak sedar-sedar apa yang kau dah lakukan untuk aku.maaf Nina." Mek bingkas bangun terus menuju ke bilik air untuk mengangkat wuduk. Kemudian dia terus mengerjakan solat istikharah. (^^)
Waktu menunggu bas. Kelihatan para pelajar berpusu-pusu mengambil tempat di perhentian bas. 'Nak panggil ke tak nak ya.' 'nak ke dia pandang aku?' 'lepas ni dah susah nak jumpa,waktu balik ni'. "Nina.Nina!!" tergamam Nina mendengar suara itu. Suara yang amat dirinduinya. Kalau ikutkan mahu saja Nina berlari mendapatkan Mek waktu itu. Cuma Nina pura-pura tak dengar sahaja, agar Mek datang dengan lebih dekat. "Nina.Nina!" bebrbunga Nina kala itu. Hingar bingar para pelajar melenyapkan suara panggilan Mek. Nina menoleh. Kelihatan Mek sudah berpaling untuk melintas jalan. 'Alah.Mek merajuk ke'. "Mek..Mek.Mek!!" kali ini Mek pula mengukir sekuntum sunyuman. Nina kini betul-betul berada di belakang Mek,tapi Mek masih membelakangi Nina menghadap jalan raya. 'tadi kau jual mahal.hah ni makcik Mek pulak buat drama,hehe'. Mek terus melangkah untuk melintas. "Mek!!" pantas Nina menolak Mek sehingga terjatuh di sisi jalan. Persekitaran kini diselaputi warna merah pekat. "darah?!" ngomel Mek. "eh,tengok tu!" "ada orang kena langgar!" kedengaran suara pelajar lain menjerit sesama mereka. "Nina?!mana Nina?!Nina!!" "Mek,Nina kat sini!!" seorang pelajar menyahut soalan Mek. Semacam hampir gugur jantung Mek tatkala melihat Nina terbaring kaku di situ.
Tubuh Nina penuh berlumuran darah."Nina,bangun!!" Mek meraung meratap sekujur tubuh itu."kau janji tak nak tinggalkan aku Nina!" Mek terus menggenggam tangan Nina.Diam.Mek mengambil sehelai kertas yang kemas dilipat,tetapi agak kotor kini dek darah yang merata. Mek membaca isi kandungannya. Ringkas. "Sayang,Akrab,Honest,Amanah,Baik,Apologise,Trust. Sahabat sampai bila2 ya.syg,Nina"
"Nina,aku mintak ampun Nina.aku sayangkan kau.sayang sahabat seperti kau.tak kan aku lupakan kau smpai bila-bila.Nina" suara Mek makin perlahan. Tidak larat rasanya dia ingin terus rancak meraung. Perasaan Mek kini bercampur baur. Menyesal rasanya tak guna lagi bagi Mek. Hanya sayang Mek terhadap Nina pergi bersama roh Nina dan sayang Nina untuk sahabatnya Mek akan tersemat sentiasa di hati Mek Ani Raisyah.
THE END
p/s : watak tiada link langsung dgn yang hidup atau yang mati .
express sayang secara hiperbola jer (:
SORRY dan juge ingin mengeshow off kat sekalian makhluk
hey anin reti laa merepek ala2 nuvelis
express sayang secara hiperbola jer (:
SORRY dan juge ingin mengeshow off kat sekalian makhluk
hey anin reti laa merepek ala2 nuvelis















uish . hebad weh , berjiwa sastera kau nh .
ReplyDeleteilivit <3
trimas po !
ReplyDelete..anin..nie ke cerpen yg ko asix pEninx at fb 2..??..hahaha..
ReplyDeletebez ouh cIter a.k.a cerpen ko nieyh..huhu..
suKerw sanaD..yeah..
nina : anin ..hehe(ade kea) ..huhu..